|
|
|
WHY?
do you have to surf n read at dis whatsoever page?? Simple answer- cos u
need to know this! Im browsing the net and I found those amazing
article and i think it will be nice if im sharing it wiff everyone.I add
somemore intresting article here...I will.. any comments ?? Think n love
ur Belief .Huhuuu~
\(`v` )/
| Propaganda
Yahudi Mengenai Masjidil Aqsa |
|
Ehsan daripada Darul
Nu`man. Biarpun petikan dan gambar di ambil tanpa keizinan,
perlu di ingatkan bahwa ini lebih merupakan sebuah koleksi
peribadi untuk tatapan umum.
|
Kekeliruan
antara Masjid Al-Aqsa dan Dome of The Rock
Melihat
pada gambar di atas, tentunya ramai yang menyangka
bahawa masjid di atas adalah Masjid Al-Aqsa. Jika
diperhatikan denga teliti, kita akan dapat melihat
sebuah lagi kubah berwarna hijau yang kelihatan
agak samar-samar. Percayalah, kubah yang
berwarna hijau itulah Masjid Al-Aqsa yang
sebenarnya.
Masjidil
Aqsa merupakan kiblat pertama bagi Umat Islam
sebelum dipindahkan ke Kaabah dengan perintah
Allah SWT. Kini ia berada di dalam kawasan jajahan
Yahudi. Dalam keadaan yang demikian, pihak Yahudi
telah mengambil kesempatan untuk mengelirukan Umat
Islam dengan mengedarkan gambar Dome of The Rock
sebagai Masjidil Aqsa. Tujuan mereka hanyalah satu,
iaitu untuk meruntuhkan Masjidil Aqsa yang
sebenarnya. Apabila Umat Islam sendiri sudah
terkeliru dan sukar untuk membezakan Masjidil Aqsa
yang sebenarnya. Maka semakin mudahlah tugas
mereka untuk melaksanakan perancangan tersebut.
Lihat
pula gambar di bawah, berikut adalah gambar
sebenar Masjidil Aqsa pada jarak yang lebih dekat.
Betapa jauhnya perbezaan antara Dome of The Rock
jika dibandingkan dengan Masjidil Aqsa. Hanya
Jauhari juga yang mengenal Manikam
Agenda
Israel menghapuskan Masjidil Aqsa
Berikut
disertakan juga terjemahan daripada surat yang
dikarang dan dikirimkan oleh Dr. Marwan kepada
ketua pengarang "Al-Dastour" harian.
Berhati-hatilah dengan perancangan zionist tentang
Masjidil Aqsa. Jangan biarkan mereka berjaya
dengan peracangan mereka.
Terjemahan surat Dr. Marwan:
Terdapat
beberapa kekeliruan di antara Masjidil Aqsa dan
The Dome of The Rock. Apabila sahaja disebut
tentang Masjidil Aqsa di dalam media tempatan
mahupun antarabangsa, gambar The Dome of The Rock
pula yang dipaparkan. Sebab utama ia dilakukan
adalah bagi mengabaikan orang ramai dimana ianya
adalah perancangan Israel. Tinjauan ini diperolehi
semasa saya tinggal di USA, dimana saya telah
dimaklumkan bahawa Zionis di Amerika telah
mencetak dan mengedarkan gambar tersebut dan
menjualkannya kepada orang arab dan Muslim.
Kadangkala dijual dengan harga yang murah bahkan
kadangkan diberikan secara percuma supaya Muslim
dapat mengedarkannya dimana-mana sahaja. Tak kira
di rumah mahupun pejabat.
Ini
meyakinkan saya bahawa Israel ingin menghapuskan
gambaran Masjid Al-Aqsa dari ingatan umat Islam
supaya mereka dapat memusnahkannya dan membina
kuil mereka tanpa sebarang publisiti. Sekiranya
terdapat pihak yang membangkang atau merungut,
maka Israel akan menunjukkan gambar The Dome of
The Rock yang masih utuh berdiri, dan menyatakan
bahawa mereka tidak berbuat apa-apa. Rancangan
yang sungguh bijak! Saya juga merasa amat
terperanjat apabila bertanya kepada beberapa
rakyat arab, Muslim, bahkan rakyat Palestin kerana
mendapati mereka sendiri tidak dapat membezakan
antara kedua bangunan tersebut. Ini benar-benar
membuatkan saya berasa kesal dan sedih kerana
hingga kini Israel telah berjaya dalam perancangan
mereka.
Dr.
Marwan Saeed Saleh Abu Al-Rub Associate Professor,
Mathematics Zayed University Dubai
Lain-lain
gambar berkaitan:
|
[TOP] |
| PELIK
TAPI BENAR |
| ...... Salah satu tanda kebesaran Allah.. yang
manusia tentu tak boleh buat punya.. Pantai Timur: Telur dalam
telur keanehan telur dalam telur yang ditemui peniaga nasi
lemak, menarik perhatian orang ramai di> Kampung Padang
Selising, Machang, Kelantan. Habsah Awang, 46, menyedari
penemuan itu selepas mengupas kulit dan membelah sebiji telur
ayam rebus untuk dijadikan lauk nasi lemak, kelmarin. Beliau
berkata, telur ayam bersaiz biasa itu adalah daripada ratusan
telur dibelinya dari sebuah kedai runcit di Machang, beberapa
hari sebelum Aidiladha lalu."Sebaik saja mengupas dan
membelah telur ayam yang direbus, saya terkejut apabila
mendapati ia mengandungi sebiji lagi telur sebesar telur puyuh
di dalamnya. "Saya memaklumkan penemuan itu kepada ahli
keluarga dan kini mendapat perhatian orang ramai untuk
melihatnya dengan lebih dekat,"katanya. Habsah berkata,
telur dalam telur berkenaan kini disimpan adiknya,
Aziz,43,(gambar) dan keadaannya masih baik.
Telur dalam telur.
[TOP] |
| Kisah
:: Abah,Mama, mane tangan ita?.... |
Ha
ni ade satu cerita aku dapat dari emel sedih woo leh nangis
woo..
(katanya dipetik dari mastika mei 2004)
Pada suatu hari....jeng jeng jeng......Sebuah kisah untuk
dijadikan iktibar dan pengajaran......Sebagai ibu kita patut
juga menghalang perbuatan suami kita memukul especially pada
anak2 yg masih kecil dan taktau apa2 lagi tu. Mengajar dgn
cara memukul bukanlah cara terbaik, mungkin dah sampai masa
untuk badan2 kebajikan educate org M'sia untuk praktikkan
konsep "time out" jika anak2 buat salah.
Sepasang suami isteri - seperti pasangan lain di kota-kota
besar -mninggalkan anak-anak diasuh pembantu rumah semasa
keluar bekerja. Anak tunggal pasangan ini, perempuan berusia
tiga setengah tahun. Bersendirian di rumah dia kerap dibiarkan
pembantunya yang sibuk bekerja bermain di luar, tetapi pintu
pagar tetap dikunci. Bermainlah dia sama ada berbuai-buai di
atas buaian yang dibeli bapanya, ataupun memetik bunga raya,
bunga kertas dan lain-lain di laman rumahnya.
Suatu hari dia terjumpa sebatang paku karat. Dia pun melakar
simen tempat letak kereta ayahnya tetapi kerana diperbuat
daripada marmar,lakaran tidak kelihatan. Dicubanya pada kereta
baru ayahnya. Ya... kerana kereta itu bewarna gelap,
lakarannya jelas. Apa lagi kanak-kanak ini pun melakarlah
melahirkan kreativitinya. Hari itu bapa dan ibunya
bermotosikal ke tempat kerja kerana laluannya sesak sempena
perayaan Thaipusam.
Penuh sebelah kanan dia beredar ke sebelah kiri kereta.
Dilakarnya gambar ibu dan ayahnya, gambarnya sendiri, lukisan
ayam, kucing dan sebagainya mengikut imaginasinya. Kejadian
itu langsung tak disedari si pembantu rumah.
Pulang petang itu, terkejut badaklah pasangan itu melihat
kereta yang baru setahun dibeli dengan bayaran ansuran,
berbatik-batik. Si bapa yang belum pun masuk ke rumah terus
menjerit, "Siapa punya kerja ni?" Pembantu rumah
yang tersentak dengan jeritan itu berlari keluar. Dia juga
beristighfar. Mukanya merah padam ketakutan tambah-tambah
melihat wajah bengis tuannya.
Sekali lagi diajukan pertanyaan keras kepadanya, dia terus
mengatakan "Tak tahu... !" "Duduk di rumah
sepanjang hari tak tahu, apa kau buat?" herdik si isteri
lagi. Si anak yang mendengar suara ayahnya, tiba-tiba berlari
keluar dari bilik. Dengan penuh manja dia berkata "Ita
buat ayahhh.. cantik kan!" katanya menerkam ayahnya ingin
bermanja seperti selalu. Si ayah yang hilang sabar merentap
ranting kecil pokok bunga raya di depannya, terus dipukul
bertalu-talu tapak tangan anaknya. Si anak yang tak mengerti
apa-apa terlolong-lolong kesakitan sekaligus ketakutan.Puas
memukul tapak tangan, si ayah memukul pula belakang tangan
anaknya. Si ibu cuma mendiamkan diri, mungkin setuju dan
berasa puas dengan hukuman yang dikenakan.
Pembantu rumah melopong, tak tahu nak buat apa-apa. Si bapa
cukup rakus memukul-mukul tangan kanan dan kemudian tangan
kiri anaknya. Selepas si bapa masuk ke rumah dituruti si ibu,
pembantu rumah menggendong anak kecil itu, membawanya ke
bilik. Dilihatnya tapak tangan dan belakang tangan si anak
kecil calar balar. Pembantu rumah memandikan anak kecil itu.
Sambil menyiram air sambil dia menangis. Anak kecil itu pula
terjerit-jerit menahan kepedihan sebaik calar-balar itu
terkena air. Si pembantu rumah kemudian menidurkan anak kecil
itu. Si bapa sengaja membiarkan anak itu tidur bersama
pembantu rumah.
Keesokkan harinya, kedua-dua belah tangan si anak bengkak.
Pembantu rumah mengadu. "Sapukan minyak gamat tu!"
balas tuannya, bapa si anak. Pulang dari kerja, dia tidak
melayan anak kecil itu yang menghabiskan masa di bilik
pembantu. Si bapa konon mahu mengajar anaknya. Tiga hari
berlalu, si ayah langsung tidak menjenguk anaknya sementara si
ibu juga begitu tetapi setiap hari bertanya kepada pembantu
rumah.
"Ita demam... " jawap pembantunya ringkas.
"Bagi minum panadol tu," balas si ibu. Sebelum si
ibu masuk bilik tidur dia menjenguk bilik pembantunya. Apabila
dilihat anaknya Ita dalam pelukan pembantu rumah, dia menutup
semula pintu. Masuk hari keempat, pembantu rumah memberitahu
tuannya bahawa suhu badan Ita terlalu panas. "Petang
nanti kita bawa ke klinik. Pukul 5.00 siap" kata
majikannya itu.
Sampai waktunya si anak yang longlai dibawa ke klinik. Doktor
mengarahnya ia dirujuk ke hospital kerana keadaannya serius.
Setelah seminggu di wad pediatrik doktor memanggil bapa dan
ibu kanak-kanak itu. "Tiada pilihan.." katanya yang
mencadangkan agar kedua-dua tangan kanak-kanak itu dipotong
kerana gangren yang terjadi sudah terlalu teruk. "Ia
sudah bernanah, demi nyawanya tangan perlu dipotong dari siku
ke bawah" kata doktor.
Si bapa dan ibu bagaikan terkena halilintar mendengar
kata-kata itu. Terasa diri tunggang terbalik, tapi apalah
dapat dikatakan. Siibu meraung merangkul si anak. Dengan berat
hati dan lelehan air mata isterinya, si bapa terketar-ketar
menandatangani surat kebenaran pembedahan. Keluar dari bilik
pembedahan, selepas ubat bius yang dikenakan habis, si anak
menangis kesakitan. Dia juga terpinga-pinga melihat kedua-dua
tangannya berbalut putih.
Direnung muka ayah dan ibunya. Kemudian ke wajah pembantu
rumah. Dia mengerutkan dahi melihat mereka semua menangis.
Dalam seksaan menahan sakit, si anak yang keletah bersuara
dalam linangan air mata.
"Abah.. Mama... Ita tak buat lagi. Ita tak mau ayah
pukul. Ita tak mau jahat. Ita sayang abah.. sayang mama."
katanya berulang kali membuatkan si ibu gagal menahan rasa.
"Ita juga sayang Kak Narti.." katanya memandang
wajah pembantu rumah, sekaligus membuatkan gadis dari Surabaya
itu meraung seperti histeria. "Abah.. bagilah balik
tangan Ita. Buat apa ambil.. Ita janji tak buat lagi! Ita nak
makan macam mana? Nak main macam mana? Ita janji tak conteng
kereta lagi," katanya bertalu-talu.
Bagaikan gugur jantung si ibu mendengar kata-kata anaknya.
Meraung dia sekuat hati namun takdir yang sudah terjadi, tiada
manusia dapat menahannya.
Semoga kita kelak berfikiran jauh dalam melakukan sesuatu
termasuklah dalam hal mendidik anak ini... Bagaimanakah nasib
ita yg dilahirkan sempurna kini terpaksa kehilangan tangan....
[TOP]
|
| Hikmah
BISMILLAH dan satu kisah. |
| Utk renungan
dan tatapan bersama. Kalimah BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIIM adalah
sangat singkat, namun kadangkala sangat berat untuk diamal dan
diucapkan.
Dalam hadis
Rasullullah s.a.w.: Sesiapa yang membaca
BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIIM sebanyak 21 kali sebelum tidur,
insyaAllah dia akan:
a. dihindari
daripada mati dalam keadaan terkejut/mendadak.
b. dihindari
daripada mati/bahaya tenggelam.
c. dihindari
dan dilindungi daripada bahaya kebakaran.
d. dihindari
dan dilindungi daripada bahaya rompakan.
Alkisah, ada
seorang Isteri yang selalu membaca BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIIM
setiap kali dia melakukan sesuatu; membuka, menutup dan
mengunci pintu almari, meletak dan mengambil barang/sesuatu,
membuka dan memakai pakaian, masuk dan keluar rumah, naik dan
turun dari kenderaan, dll. Pendeknya, dia akan membaca
BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIIM pada ketika akan melakukan apa jua
aktiviti. Sehingga dengan kebiasaannya itu, suaminya merasa
rimas, sehingga terlintas dibenaknya untuk menguji si
isterinya. Suatu ketika, si suami memberikan emas kepada
isterinya dan mengatakan "Wahai isteriku, ini aku
amanahkan emas kepadamu. Simpanlah baik-baik." Lalu si
isteripun menerimanya dengan mengucap
BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIIM dan membuka almari dengan
mengucapkan BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIIM dan meletakkan emas
tersebut dengan membaca BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIIM dan menutup/mengunci
kembali almari itu juga dengan mengucapkan
BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIIM.
Setelah
beberapa hari dan kebetulan si isteri tidak ada dirumah, maka
sang suami membuka almari dan mengambil emas tersebut dan
membuangnya ke laut. Dia kembali ke rumah, dan ketika
isterinya pulang dia pun meminta isterinya untuk mengambil
emas yang diamanahkan itu. Si isteri pun masuk ke bilik dan
dengan mengucapkan BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIIM dia pun membuka
almari. Lalu dengan mengucap BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIIM, dia
mengambil emas yang didapatinya dalam keadaan basah (air laut),
lalu menyerahkannya kepada suaminya. Melihat emas itu basah
sang isteripun menjadi bingung dan bertanya kepada suaminya.
Terkejut si suami, ia pun bersujud dan beristighfar dan
setelah itu menceritakan kejadian yang sebenarnya di mana dia
telah membuang emas tersebut ke laut dengan tujuan untuk
mengenakan si isteri.
Demikianlah,
betapa berkatnya kalimah BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIIM. Kita
disarankan untuk membaca BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIIM ketika kita
akan mengambil dan menyimpan pakaian, baik yang baru mahupun
biasa kita gunakan, agar pakaian tersebut tidak digunakan oleh
makhluk lain (golongan Jin). Cthnya apabila kita menyimpan
pakaian maka ketika kita memakainya kadang terasa gatal dan
tidak selesa. Memang kita mungkin berkata ia adalah disebabkan
kelembapan ataupun sebagainya, namun mungkin pakaian tersebut
telah digunakan oleh makhluk lain, dengan cara mereka.
Demikian sedikit cerita mengenai hikmah mengucapakan
BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIIM dalam melakukan apa jua perkara,
semoga kita dapat membisakan mengucap
BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIIM dalam melakukan aktiviti harian kita.
[TOP]
|
| Main
mata : Ayat pelembut hati. |
| [Intro]
Message nih aku amek depade melayu.com gak, depade seorang
pengirim ber'nick' Teja_77
.
1 . Dihantar
pada 04hb Jul 2003 2.20:58 ptg
Assalamualaikum.
Saja teja nak menyibuk bagi info sikit.Pagi tadi hubby teja bukak kaset ceramah on d way nak gi keje.Tajuknye Saidina Umar Al-Khattab : Main Mata. sedap ceramahnye
mengenai saidina memeluk agama islam.tapi tak abih dengar lagi
sebab apa dipanggil "main mata"
Yang menariknya ada disebut bagaimana nak lembutkan hati org
especially husband atau bini yang garang atau bekeng,
memandangkan saidina Umar ni garang dan bengis.Kita bole amalkan membaca surah Taha ayat 1 hingga 5, sebabnye
saidina umar memeluk islam sebab terdengar adiknye membaca
surah ini.Serta merta hatinya jadi cair tak marah2.So, mana2 ade yg nak melembutkan hati pasangan, baca ayat ini
dan hembuskan perlahan2ke ubun2(kepala) sewaktu pasangan
betul2 dah tido. Jangan dihembus kuat2, kang ade yang kena
pelangkung sebab ingat kena jampi...selamat mencuba.
Surah Taha; Ayat 1-5
[TOP] |
| Bahaya
Kartun Pokemon |
Ehsan daripada Darul
Nu`man. Biarpun petikan dan gambar di ambil tanpa keizinan,
perlu di ingatkan bahwa ini lebih merupakan sebuah koleksi
peribadi untuk tatapan umum.
 |
 |
| Charmander |
Pikachu |
Lihat sahaja
gambar-gambar diatas, tentunya ramai yang kenal dengan watak
kartun tersebut. Tidak lain dan tidak bukan, gambar-gambar
diatas merupakan sebahagian daripada watak kartun pokemon.
Sedarkah kita akan maksud Pokemon dan maksud nama-nama watak
kartun di dalam cerita tersebut? Baru-baru ini, pihak Darul
Nu'man telah menerima E-mail dari salah seorang yang
bertanya tentang kemusykilan kartun Pokemon. Berikut adalah
kandungan E-mail tersebut.
Assalamualaikum...........
Ada satu
perkara yang ana ingin kongsi bersama. ana tak pasti
samada maklumat ni dah sampai ke pegetahuan ikhwah semua.
Semasa menghadiri kelas Dr Bahjat di salah sebuah masjid
di Mafraq, ana diberikan satu kertas yang menjelaskan tentang
bahaya POKEMON. Antara kandungan kertas itu ialah
beberapa makna binatang-binatang yang ada dalam cerita kartun
tersebut. Perkataan-perkataan itu adalah dalam bahasa
siryani (lughah siryaniiyah).
contohnya:
POKEMON - saya yahudi
CHARMANDER - ALLAH itu lemah... (SUBHANALLAH!)
PIKACHU - jadilah seorang yahudi..
Terdapat
beberapa lagi nama binatang dalam cerita pokemon yang
membawa makna yang kufur dan jahat.
Bagi ana, kalau sekadar cerita kartun pokemon ini dicipta oleh
yahudi, itu boleh diterima. sebab tak semestinya kita menolak
semua yang dicipta oleh orang kafir. tapi kali ini terbukti
bahawa yahudi ada niat yang amat buruk tersembunyi di sebalik
nama pokemon. Maka ana menyeru semua ikhwah supaya
menyebarkan maklumat ini dan bermula dengan diri sendiri
dengan memulaukan kartun ini.
Thanks and Best
Regards,
B.Regards
Agus
Port Operation.
[TOP]
|
| Doa
: Hindar dr dirogol ( diri & anak perempuan) |
AMALKANLAH
1. Doa
Mengelakkan Diri Dari Dirogol :
Allahumma in kunta ta'lamu an ni a~mantu bika wa birasu~lika
wa ah shantu farji illa a'la zauji fala~ tusallit alay yal
ka~fira waz za~lima.
Terjemahan :
“Ya Allah, sekiranya Engkau mengetahui bahawa
aku beriman denganMu dan RasulMu, dan aku memelihara
kehormatanku hanya untuk suamiku, maka janganlah biarkan aku
menjadi mangsa orang kafir dan orang zalim”.
2. Doa
Mengelakkan Anak Dari Dirogol :
Ibu doakan kepada anak perempuannya:
Allahumma in kunta ta'lamu annantani a~manat bika
wabirasulika wa ah shanat farjaha~ illa ala jauziha~ fala
tusallit alaihal kafira waz za~lima
Terjemahan :
“Ya Allah, sekiranya Engkau mengetahui bahawa
anak perempuanku beriman denganMu dan RasulMu, dan dia
memelihara kehormatannya hanya untuk suaminya, maka
janganlah biarkan dia menjadi mangsa orang kafir dan orang
zalim”.
Nota
~ = tanda panjangkan bacaan
' = huruf yang mati bertemu ain (contohnya ayat kunta
ta'lamu dibaca taklamu tapi tak boleh ditulis tak di dalam
tulisan rumi)
[TOP]
|
| Tips
bersolek secara islam |
Source:
http://virtualfriends.net
Directory: Agama Corner
Description:
Adab
ini adalah amalan yang diamalkan oleh Nabi Yusuf A.S. yang
telah diangkatkan darjat dari hamba menjadi seorang pembesar.
Barangsiapa yang
mengamalkannya setiap hari dan sebati dalam hidupnya, maka
mereka akan sentiasa dipandang manis, berseri dan dikasihi
pada setiap mata yang memandangnya. Ia juga merupakan rahsia
awet muda dan Insya Allah apa yang dihajati akan tercapai.
Amalan:
Apabila
menghadap cermin bacalah:
1. Selawat 3 X
2. Bismillahirahmanirahim segala puji bagi Allah yang
memperbaiki tingkah laku, maka perhaluskan budi pekertiku.
Sentuh muka
dengan jari dimulakan dengan
1. Mulut 2.
Hidung 3. Mata 4. Dahi
Mulalah
bersolek. Setelah selesai
Baca
Bismillahirahmanirahim
Doa nabi Yusof
(surah Al Baqarah ayat 165) 10X Sambil niat apa yang terjadi
sambil merenung ke
1. Mulut 2.
Hidung 3. Mata 4. Dagu
[TOP]
|
| Renungan
:: Persoalan Hidup..dan jawapannya |
|
Credit goes to Huda for dis
e-mail.
Date: Tue, 27 Jul 2004 15:19:11 +0800
From: "Abd Rahim Bin Ramli"
AKU
DIUJI?
"Apakah
manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan;
"Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan
sesungguhnya kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka
sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan sesungguhnya Dia
mengetahui org2 yg dusta."
-Surah
Al-Ankabut ayat 2-3
2)
KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?
"Boleh
jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh
jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu,
Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui"
-Surah
Al-Baqarah ayat 216
3)
KENAPA UJIAN SEBERAT INI?
"Allah
tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan
kesanggupannya."-Surah Al-Baqarah ayat 286
4)
RASA FRUST?
"Jgnlah
kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati, padahal
kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg
beriman."
-
Surah Al-Imran ayat 139
5)
BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
"Wahai
orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala
kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan),
dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di
medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di
daerah- daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah
supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)."
-Surah
Al-Imran ayat 200
"Dan
mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan
mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah
berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk"
-Surah
Al-Baqarah ayat 45
6)
APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI?
"Sesungguhnya
Allah telah membeli dari org2 mu'min, diri, harta mereka dengan
memberikan syurga utk mereka... ..
-Surah
At-Taubah ayat 111
7)
KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?
"Cukuplah
Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain drNya. Hanya kepadaNya aku
bertawakkal."
-Surah
At-Taubah ayat 129
8)
AKU TAK DAPAT TAHAN!!!
"...
..dan jgnlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya
tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yg
kafir."
-Surah
Yusuf ayat 12
[TOP] |
| Jokes
:: A little bit conversation |
|
>WOMAN: What would
you do if I died?
> Would you get married again?
>MAN: Definitely not!
>WOMAN: Why not - don't you like being married?
>MAN: Of course I do.
>WOMAN: Then why wouldn't you remarry?
>MAN: Okay, I'd get married again.
>WOMAN: You would? (with a hurtful look on her face)
>MAN: (makes audible groan)
>WOMAN: Would you sleep with her in our bed?
>MAN: Where else would we sleep?
>WOMAN: Would you put away my pictures, and replace
>them with Pictures of her?
>MAN: That would seem like the proper thing to do.
>WOMAN: And would you let her use my golf clubs?
>MAN: She can't use them; she's left-handed.
>WOMAN: - - - silence - - -
>MAN: Shit.
[TOP]
|
| Renungan::Siapa
aku di depan Tuhanku? |
Allahuakbar, Allahuakbar
Allahuakbar, Allahuakbar
Subuhnya
di mana aku berada
masih enak dalam kelambu rindu
sambil berpoya-poya dengan waktu
masa bagaikan menderu
langkah tiada arah tuju
fikiran terus bercelaru
terlupa aku semakin di hujung waktu
siapa aku di depan Tuhan ku.
Zohornya
aku lebih memikirkan kelaparan
kehausan dan rehatku
aku lebih mementingkan tuntutan jawatanku
aku bertolak ansur dengan waktu
aku gembira membilang keuntungan
aku terlupa betapa besar kerugian
jika aku mengadaikan sebuah ketaatan
siapa aku di depan Tuhan ku.
Asarnya
aku lupa warna masa
cepat berubah bagaikan ditolak-tolak
aku masih dengan secawan kopiku
terlupa panas tidak di hujung kepala
aku masih bercerita
tentang si Tuah yang setia dan si Jebat yang dehaka
siapa aku di depan Tuhan ku
Maghribnya
aku melihat warna malam
tetapi aku masih berligar di sebalik tabirnya
mencari sisa-sisa keseronokan
tidak terasa ruang masa yang singkat
jalan yang bertongkat-tongkat
ruginya bertingkat-tingkat
siapa aku di depan Tuhan ku.
Isyaknya
kerana masanya yang panjang
aku membiarkan penat menghimpit dadaku
aku membiarkan kelesuan mengangguku
aku rela terlena sambil menarik selimut biru
bercumbu-cumbu dengan waktuku
siapa aku di depan Tuhan ku.
kini aku menjadi tertanya- tanya
sampai bila aku akan melambatkan sujudku
apabila azan berkumandang lagi
aku tidak akan membiarkan Masjid menjadi sepi
kerana di hujung hidup ada mati
bagaimana jenazah akan dibawa solat di sini
jika ruangku dibiarkan kosong
jika wajahku menjadi asing
pada mentari dan juga bintang-bintang.
SIAPA AKU DI DEPAN TUHANKU
sekadar renungan bersama
[TOP]
|
| 'Bengkok'nya
Perempuan ... |
|
Source ::
VirtualFriends.net
Sender
:nurqush
Leceh
betullah orang perempuan ni. Tegur sikit dah merajuk. Kena
pujuk, nasihat lembut-lembut, cakap baik-baik... hai leceh
betul.
Tetapi kalau dibiarkan menjadi-jadi pulak! Kita punya kerja
pun dia
nak langgar. Buat kerja ikut semangat, tak pandang kiri kanan
lagi."
"Eh, apa yang kau ngomelkan ni Fuad? Siapa yang buat hal
kali ni?"
"Staf aku si Lina tu lah. Baru tegur sikit, dah monyok.
Hari ni dah
tak datang kerja. Susahlah macam ni. Kerja pejabat akan
terganggu."
"Entah-entah dia ada hal lain. Engkau belum siasat dah
jump to
conclusion."
"Alaah... orang perempuan memang macam tu. Kan Nabi pun
kata yang
orang perempuan tu ibarat tulang rusuk yang bengkok? Sebab dia
bengkoklah orang perempuan suka buat perangai. Kita nak
luruskan
nanti takut patah pulak. Kalau dibiarkan terus, makin
bengkoklah.
Hai susah, susah."
"Jangan cakap macam tu, Fuad. Maksud Hadis to bukan
begitu."
"Eh, kan Hadis itu sudah lumrah diperkatakan? Apa yang
tak kena
pulak, Naim?"
"Maksud aku begini. Menafsirkan Hadis itu seolah-olah
orang perempuan
tu memang Allah ciptakan sebagai satu golongan yang
"disadvantaged"
atau terkurang seperti yang engkau cakapkan seolah-olah
mengatakan
yang Allah itu berat sebelah. Walhal Allah itu Maha Adil dan
Dia
ciptakan lelaki dan perempuan itu sama sahaja dari segi
kemampuan
mereka untuk meningkatkan iman dan menjadi hamba Allah yang
bertaqwa.
Bengkok yang disebut di dalam Hadis itu bukan bermakna yang
mereka
itu sentiasa cenderung ke arah melakukan perkara-perkara yang
tidak
baik. "Buktinya, apabila Rasulullah s.a.w. datang membawa
ajaran
Islam, baginda menaikkan taraf perempuan yang sebelum itu
dianggap "golongan yang tak berguna" kepada 'sayap
kiri' kepada
masyarakat.
Baginda ada memberikan tugas-tugas yang penting kepada orang
perempuan, terutama bila kaum lelaki keluar berperang. Sebagai
sayap
kiri, tentulah mereka diiktiraf seimbang dengan sayap
kanan."
"Tapi, memang orang perempuan kuat merajuk. jenuh kita
nak layan
dia."
"Merajuk bukan berlaku pada orang perempuan saja. Orang
lelaki juga
kuat merajuk. Mungkin cara merajuk atau cara 'protes' tu yang
tak
sama. Punca merajuk sebab iman lemah, bukan sebab jantina.
"Lagipun,
apa salahnya kalau kita tegur orang perempuan dengan
berlemah-lembut
dan berhikmah. Bukankah begitu tuntutan Islam. Kalau kita
marah-marah
sehingga mereka merajuk,bukan mereka yang salah, tetapi
kitalah yang
salah. Entah-entah waktu itu kita lebih `bengkok' daripada
mereka!"
"Eh, eh engkau ni. Asyik nak bela orang perempuan
aje."
"Aku bukannya nak bela siapa-siapa. Aku cuma nak betulkan
pemahaman
yang tidak betul terhadap Hadis tu."
"Apa maksud sebenar Hadis tu?"
"Orang perempuan yang diibaratkan seperti tulang rusuk
yang bengkok
itu bukan bermakna satu kekurangan, tapi sebenarnya adalah
satu
'penyempurnaan'. Sepertimana juga usus manusia yang
berlipat-lipat
dan berlingkaran itu bukanlah satu ketidakbetulan tetapi
begitulah
keadaan usus yang sempurna.
Bengkoknya tulang rusuk itu kerana ia bersifat `pelindung'. la
melindungi organ-organ penting di dalain tubuh manusia seperti
jantung, paru-paru,hati dan limpa. Kalau tulang kakilah yang
diletakkan di dada manusia, sudah tentu ia tidak dapat
berperanan
sepertimana tulang rusuk yang bengkok itu "
"Oh begitu. Jadi bila Nabi katakan yang orang perempuan
itu seperti
tulang rusuk yang bengkok, beliau hanyalah hendak
memperlihatkan
perbezaan peranan mereka berbanding lelaki?"
"Begitulah. Selain itu, maksud `tulang rusuk yang
bengkok' itu ialah
sifat `rahmah'. "Ini bermakna bengkoknya wanita ialah
sifat
semulajadi yang Allah ciptakan untuk wanita agar dia dapat
memainkan
peranan yang tidak dapat dimainkan oleh lelaki. Orang
perempuan itu
sifat semula jadinya penyayang.
Perasaannya halus. Kerana adanya sifat-sifat itu, orang
perempuan
boleh sabar menjaga dan melayan anak-anaknya yang berbagai
kerenah.
Mereka juga sabar dan tekun melakukan kerja-kerja rumah yang
mungkin
kepada kita sangat membosankan."
"Begitu jugalah di dalam masyarakat, orang perempuan
sangat sesuai
menjadi guru, jururawat, dan apa juga bidang yang dalam
kemampuannya.
Oleh itu jangan cuba buang sifat "bengkok" ini
daripada orang
perempuan dengan memberikan mereka tugas-tugas yang tidak
sesuai.
Kalau tulang rusuk sudah patah, organ-organ yang penting tadi
tidak
akan selamat.
"Jadi peranan mereka sebenarnya penting. Bayangkanlah
betapa besar
peranan dan jasa ibu yang menjaga dan mengasuh kita dari kecil
hinggalah besar"
"Hmm, betul tu Naim." "Sebenarnya tiada siapa
yang 'bengkok' mengikut
tafsiran yang engkau gunakan. Bengkok atau tidaknya seorang
lelaki
atau perempuan itu bergantung kepada iman dan akhlaknya. Orang
lelaki
kalau tidak berusaha untuk membuang sifat-sifat yang terkeji
di dalam
dirinya pun akan jadi bengkok juga, malah lebih bengkok dari
orang
perempuan yang ada usaha membaiki dirinya."
"Baru aku cedar, akulah yang bengkok. Asyik marah-marah
dan tidak
sabar."
"Memang tidak sepatutnya kita lihat orang lain itu lebih
`bengkok'
daripada kita. Sebaliknya kita patut sentiasa merasakan yang
kitalah
yang lebih `bengkok' daripada semua orang lain di muka bumi
ini... "
[TOP] |
| SEKSA
TIDAK MENUTUP AURAT... |
|
Source ::
VirtualFriends.net
Sender ::
asya
Kebanyakan
kiter tau aper keseksaan yang akan dihadapi oleh mereka-mereka
yang tidak menutup aurat tetapi hal ini dipandang enteng
kerana mereka tidak melihat sendiri akan seksaan
tersebut.Walaubagaimanapun saya berharap agar aper yang saya
paparkan ini akan memberi pengajaran kepada yang membaca...
* Setiap helai rambut digantung dan otak menggelegak
kepanasan.
* Setiap inci tubuh yang terdedah kecuali muka dan tapak
tangan akan menanggung penyeksaan yang amat pedih,seorang bapa
atau suami yang membiarkan perempuan-perempuan yang dibawah
tanggungannya tiada menutup aurat maka setiap langkah
perempuan itu berjalan di dalam keadaan berhias dan
mendedahkan aurat maka terbinalah rumah azab untuk suami atau
bapa perempuan itu di dalam neraka... Nauzubillah...
"INGATLAH SAHABATKU:
... ... BAHAWASANYA SETIAP SESUATU YANG
DIPERINTAHKAN ALLAH ITU ADA SEBABNYA,
ADA HIKMATNYA.
... ... ISLAM TIDAK PERNAH
MENYUSAHKAN UMATNYA,MELAINKAN
MEREKA SENDIRI YANG MENYUSAHKAN DIRI
MEREKA... ... ..
... ... ... ..Hidup hanya sekali kejarlah keredhaan Allah
S.W.T agar tidak menyesal di akhirat kelak ,hiduplah kerana
Allah dan mati dalam keredhaan Allah.Sesungguhnya azab Allah
amat pedih tidak terperi... ... ... ... .
[TOP]
|
| KEHIDUPAN
: Ibarat Semut, Labah-Labah dan Lebah |
Source: http://virtualfriends.net
Directory: Agama Corner
Description:
Tiga binatang kecil ini menjadi
nama dari tiga surah di dalam Al-Qur'an.An Naml [semut], Al
'Ankabuut [labah-labah], dan An Nahl [lebah].
Semut,
menghimpun makanan sedikit demi sedikit tanpa berhenti.
Konon, binatang ini dapat menghimpun makanan untuk
bertahun-tahun.Padahal usianya tidak lebih dari setahun.
Ketamakannya sedemikian besar sehingga ia berusaha - dan
seringkali berhasil memikul sesuatu yang lebih besar dari
tubuhnya.
Lain lagi uraian Al-Qur'an
tentang labah-labah. Sarangnya
adalah tempat yangpaling rapuh [ Al 'Ankabuut; 29:41], ia
bukan tempat yang aman, apapun yang berlindung di sana akan
binasa. Bahkan jantannya disergapnya untuk dihabiskan oleh
betinanya. Telur-telurnya yang menetas saling berdesakan
hingga dapat saling memusnahkan. Inilah gambaran yang
mengerikan dari kehidupan sejenis binatang.
Akan halnya lebah, memiliki
naluri yang dalam bahasa Al-Qur'an - "atas perintah
Tuhan ia memilih gunung dan pohon-pohon sebagai tempat
tinggal" [ An Nahl;16:68]. Sarangnya dibuat berbentuk
segi enam bukannya lima atau empat agar efisen dalam
penggunaan ruang. Yang dimakannya adalah serbuk sari bunga.
Lebah tidak
menumpuk makanan. Lebah menghasilkan lilin dan madu yg
sangat manfaat bagi kita. Lebah sangat disiplin, mengenal
pembagian kerja, segala yang tidak berguna disingkirkan dari
sarangnya. Lebah tidak mengganggu kecuali jika diganggu.
Bahkan sengatannya pun dapat menjadi ubat.
Sikap kita dapat diibaratkan
dengan berbagai jenis binatang ini. Ada yang berbudaya 'semut'.
Sering menghimpun dan menumpuk harta, menumpuk ilmu yang
tidak dimanfaatkan. Budaya 'semut' adalah budaya 'aji
mumpung'. Pemborosan, foya-foya adalah implementasinya.Entah
berapa banyak jugajenis 'labah-labah' yang ada di sekeliling
kita. Yang hanya berfikir: "Siapa yang dapat dijadikan
mangsa" Nabi Shalalahu 'Alaihi Wasallam mengibaratkan seorang
mukmin sebagai 'lebah'. Sesuatu yang tidak
merusak dan tidak menyakitkan :"Tidak makan kecuali
yang baik, tidak menghasilkan kecuali yang bermanfaat dan
jika menimpa sesuatu tidak merusak dan tidak pula
memecahkannya"
Semoga kita menjadi
ibarat lebah. Insya Allah!
[TOP] |
| Renungan
:: Kisah Sedara Baru-Kristian->Islam |
|
[
Intro ] Err..letter nih aku dapat darik melayu.com
gak... pengakuan darik sedara baru se-Islam.
quote:
Nama
saya Farhan Bin Abdullah. Nama asal saya sewaktu beragama
Kristian ialah Johanis. Saya dilahirkan dibumi Sabah dalam keluarga
Kristian. Bapa saya seorang ketua Paderi yang menjaga 15 buah gereja disatu
kawasan di Sabah.
Saya dilatih oleh bapa saya untuk menjadi seorang paderi.
Sejak mula PBS bawah Datuk Joseph Pairin Kitinggan usaha kami mendapat
sokongan penuh kerajaan negeri.
Kumpulan saya masuk ke kampong dalam berbagai program.
Selalunya program khidmat masyarakat. Pihak gereja selalunya membekalkan wang
tunai sekitar RM50,000/=. Berbagai aturcara dibuat untuk membantu orang
kampong. Kami ziarah rumah kerumah. tanya masalah mereka dan bantu mereka.
berbagai masalah diluahkan. Ada kami bantu dengan duit secara spontan.
Ada kami hantar keperluan harian,pakaian dan buku sekolah dsn.
Dengan cara ini kami mendekati mereka. Hasilnya dengan
beberapa kali kunjungan susulan,kami berjaya mengkristiankan mereka. Paling
berbaloi kami mengkristian remaja Islam,tambah berbaloi dari kalangan
intelek. Hasilnya kami dapat RM3,000/= setiap seorang Islam yang dimurtadkan.
Bayangkan pendapatan saya ketika masih dialam persekolahan.
Sewaktu Tingkatan 3 saya dan beberapa rakan mengambil
m/pelajaran Agama
Islam yang boleh dipilih dengan lukisan(betapa hinanya
m/pelajaran ini
setanding dengan lukisan). Saya mendapat A-3. Sewaktu
tingkatan 4 saya
belajar di sekolah asrama penuh. Saya terus ambil pelajaran
Agama Islam.
Tujuan saya untuk tahu mengenai Islam dan memmudahkan saya
menyebarkan agama
kristian
Saya mempunyai beberapa soalan yang saya kira tidak mampu
dihuraikan oleh
orang Islam. Pada suatu hari sewaktu tingkatan Enam bawah,
saya bersemuka
dengan Ustaz yang mengajar saya(saya panggil cikgu).
"cikgu saya ada
beberapa soalan, tapi saya rasa tak sesuai dikelas ini,
bolehke saya
kerumah cikgu..."
Ustaz itu bersedia. Lalu saya bersama beberapa rakan kerumah
ustaz itu.
Saya
katakan "cikgu saya mahu berdialog secara ilmiah, bukan
atas nama
Islam,agama cikgu dan bukan atas nama Kistian,agama
saya". saya kemukakan
beberapa persoalan, antaranya;-
- Mengapa orang Islam sembah kaabah
-Sebenarnya semua agama sama sahaja. Nasrani, Yahudi, Kristian
dan Islam
adalah agama langit.
-Mengapa diakhir zaman, Nabi Isa akan turun bersama Iman
Mahadi
membebaskankezaliman dan kekacauan dan bukannya Nabi Muhammad.
-Mengapa dalam sejarah dan hingga kini orang Islam suka
peperangan.
-Injil sekarang dikatakan diseleweng.Kalau begitu mana yang
asalnya.
Yang menghairankan ustaz ini dapat menjawab pertanyaan saya
dan
kawan-kawan dengan begitu ilmiah. Saya dan kawan-kawan mati
akal. Kemudian
sayadibebani
dengan 3 persoalan yang tidak mampu saya menjawab secara
tepat.
- Apakah boleh manusia(paderi) mengampunkan dosa manusia lain.
- Persoalan ketuhanan 3 dalam 1 dan 1 dalam 3
- konsep ketuhanan Jesus.
Saya mengatur pertemuan ustaz saya dengan beberapa orang
paderi,kawan-kawan bapa saya. tetapi mereka enggan. Lalu saya bawa
ustaz itu
kerumah saya dan
bertemu bapa saya seorang ketua paderi. Ternyata bapa saya
juga tidak
mampu menjawab persoalan yang dibawa oleh ustaz itu. Sebaik
ustaz itu
pulang,
bapa saya memarahi saya kerana bawa 'orang malaya' datang
kerumah.
Sejak itu beberapa kali saya tidur rumah ustaz itu. Disamping
mengulangkaji
saya gemar berdialog dengan ustaz itu. saya memerhatikan
kehidupan ustaz
tu,saya mengagumi cara hidupnya.
Suatu malam saya bermimpi didatangi 3 orang berjubah. Seorang
berjubah
hitam membawa salib. Seorang berjubah putih membawa bendera
bertulisan jawi.
Dan
seorang berjubah hijau yang meminta saya membuat pilihan. Yang
berjubah
hitam dan berjubah putih saling menarik saya mengikuti mereka.
Saya
meronta-ronta.
Disamping itu saya dapati yang berjubah hitam semakin tengelam
dan yang
berjubah putih semakin tinggi. Sedang saya meronta-ronta, saya
terjaga.
Saya mendengar suara azan dan ustaz tadi berada ditepi saya
dan berkata,"
mengapa
Johanis....awak mengigau...."
Saya pegang tangan ustaz itu, saya katakan,"Cikgu
Islamkan
saya.........".Ustaz itu minta saya bersabar untuk dia
uruskan dengan
pihak
tertentu. Tidak lama selepas itu saya pun di Islamkan oleh
Ustaz itu.
Selesai penIslaman saya, saya pulang ke rumah. Sampai di
rumah, saya lihat
pakaian saya bertabur diluar rumah. Rupanya bapa saya telah
tahu. Sebaik
melihat saya, bapa bergegas masuk dan keluar semula dengan
mengacu
senapang ke arah saya. Tiba-tiba emak menerkam dan peluru
senapang meletup
keatas.
Saya segera meninggalkan rumah sehelai sepinggang. Tinggalkan
keluarga
saya. Tinggalkan sekolah. Saya bersembunyi sekejap rumah ustaz
sebelum saya
dibawa oleh ustaz pulang ke semenanjung sebaik habis kontrak
mengajar di Sabah.
Saya diserahkan kepada PERKIM di Kuala Lumpur. Secara
kebetulan rakan saya
Nazri,vokalis kumpulan Raihan juga memeluk Islam, tetapi
mengikuti
kumpulan Ar-Arqam. 2 lagu dalam album pertama kumpulan Raihan
adalah saduran
lagu koir yang kami nyanyikan dalam gereja sewaktu di Sabah dulu..
6 tahun saya di PERKIM. Saya masuk pula Maahad Tahfiz.
Alhamdulillah saya
dapat sijil Al-Hafiz selepas 3 tahun. Kemudian saya bekerja
dengan Jabatan
Agama Islam. Saya banyak masuk kawasan di Negeri Sembilan,
Melaka dan
Pahang. Tak sampai setahun saya letak jawatan.Saya sedih
kerana ramai
pendakwah ini nak berdakwahpun merungut duit over time. Saya
rasa tiada
keiklasan. Biarlah saya jadi pendakwah bebas. Saya ingin
membilas dosa
lalu.Saya telah ramai memurtadkan orang..kini saya mahu
berjuang untuk
mengIslamkan seramai mungkin dengan kualiti bukan kuatiti
saja.
Berbalik kisah keluarga saya. Selepas meninggalkan rumah dan
belajar di
PERKIM saya selalu telefon ayah,emak dan adik beradik saya.
Saya katakanjangan bencikan saya. Saya sayang ayah.saya sayang emak.saya
sayang adik
beradik saya. Ayah dan emak tetap ayah emak dunia dan akhirat.
Walaupun ayah menyambut dingin suara saya, saya hantarkan
buku-buku yang
sesuai menerangkan tentang Islam. 7 tahun saya telefon. 7
tahun saya
hantar surat dan buku-buku. saya menangis kerana rindukan
ayah,emak dan adikberadik. Akhirnya, sewaktu saya di Maahad Tahfiz, bagaikan
halilintar saya
mendapat berita........ Ayah saya menganut Agama Islam.
Allah saja yang tahu perasaan saya ketika itu. Saya menangis
dan menangis.
Saya ambil wuduk dan sujud syukur. Air mata saya menjadi
terlalu
murah....saya terus menangis...saya pejamkan mata...saya
bayangkan ayah
dihadapan...saya peluk erat tubuh ayah dan kami menangis
bersama........Ya
Allah betapa agungnya kekuasaanMu....
Peristiwa yang saya alami sewaktu memeluk Islam turut dirasai
oleh ayah
saya. Dia dihalau dari rumah yang diberi oleh pihak gereja.
Kini saya pendakwah bebas. Saya sedih melihat umat Islam hari
ini
berpecah.Kita berpecah kerana kita meninggalkan Quran dan sunnah Rasul.
Kita ambil
sebahagian dan kita tinggalkan sebahagian.
Kita ambil contah pelaksanaan hukum Hudud dan Qisas. Mengapa
kita cari
jalan nak menentang pelaksanaanya. Sepatutnya kita cari jalan
supaya dapat
dilaksanakan. Inilah sikap umat Islam. Saya pernah berdialog
dengan
beberapa orang pensyarah universiti tentang isu Hudud &
Qisas. Dia boleh
sergah
saya,"You apa tahu... Islampun baru setahun
jagung....."
Saya sedih dengan sergahan pensyarah itu. Kalau ini sikap
pendakwah saya
tak akan masuk Islam. Tapi saya pilih Islam kerana saya tahu
Apa itu Islam.
kerana itu saya ajak menghayati Islam.
Saya kumpulkan semula kawan-kawan masa Kristian dulu. Saya
berdialog
tentang Islam. Saya kumpulkan derma untuk tujuan dakwah
ini,untuk bergerak
perlukan wang. Saya diancam oleh puak Kristian. saya juga
diancam oleh umat
Islam.Apa tauliah awak,mana kebenaran Jabatan Agama,mana permit
polis,sapa benarkan pungut derma dll. Saya tak gentar berdialog dengan
puak
Kristian,kerana saya ada pengalaman tapi sukarnya bila Umat
Islam sendiri menyulitkan saya.
Marilah kita awasi dakyah Kristian. Satu usaha yang agak
ketara ialah di
IPT. Pendakyah ini mendekati kaum muslimah,pura-pura nak
belajar
Islam....jatuh cinta...lalu dimurtadkan...ada yang pura-pura
masuk Islam....dan dimurtadkan.
Saya sudah pergi banyak IPT. Saya paling bimbang di Universiti
Putra
Malaysia. Itulah satu-satunya Universiti yang ada gereja.
Gereja ini
antara yang aktif untuk memurtadkan orang Islam.
Saya
nak nasihatkan kalau ada saudara kita terminum 'Holly Water'.Sebenarnya air ini dibuat di Vatican City. Dijampi oleh paderi
termasuk
Pope John Paul yang jemput Perdana Menteri kita dulu. Kalau
terminum, cari
air kolah dari 3 masjid. Baca Al-Fatihah 1x, Yasin 1x, 3 qul 1x,
dan selawat.
Ambil sebahagian buat minum dan sebahagian buat mandi.
InsyaAllah mereka
akan sedar dan dapat diselamatkan. insyaAllah.
[TOP]
|
| Renungan |
| kata Saidina Omar, [ujilah kawan kamu dengan dua perkara, iaitu kesusahan dan wang. Kawan bukan hanya ketika kita berwang, tetapi apabila ditimpa kesusahan. Jika seseorang itu lulus kedua-dua perkara itu, ambillah dia sebagai
kawan ]
The
greatest thing in the world is not so much
where we stand,but in which direction
we are going.
[TOP] |
| Program
best yang boleh menggantikan Akademi Fantasia @ Audition @
Malaysian Idol @ Who Will Win ???? |
| Err...ini aku amek depade
salah sorang sender depade melayu.com..... 100% aku sokong
ngan ape yg dia cakap... Slain depade realiti game show yg ade
kat TV skang nih..siap kene habiskan duit lagik untuk nengok
idola kite menang..ape kite dapat? Tambah2 audition tuh..dah
le rancangan yang sangat bodo..takde peminat....sekor2 prangai
ntahaper aper...hum... So pekate ade syarikat2 tv (swasta
konfirm tanak buat) anjurkan pertandingan cengginih....
1. Who
will become an Ustaz
Reality show yang menampilkan peserta 12 lelaki yang akan bersaing untuk
menjadi seorang Ustaz. Mereka akan ditempatkan
disebuah madrasah dan akan
diuji ketahanan dari segi membaca alquran,
menunaikan sembahyang wajib,
menunaikan sembahyang sunat, azan dan lain
lain... Setiap minggu akan di
akan pertandingan memberi tazkirah di hadapan
penonton yang juga akan
disiarkan live dikaca Televison.. Peserta akan
dinilai oleh juri
profesional
(30%) dan sms penonton (70%) pemenang akan
mendapat pakej haji percuma.
2. Akademi Islamiah
Reality show yang mengambil 12 budak budak yang
telah sesat dan rosak
akhlaknya.. Mereka akan ditempatkan di sebuah
banglo, dan akan diajar cara
hidup islam. Setiap minggu mereka harus
menunjukan apakan kepakaran dalam
islam yang telah mereka pelajari, dihadapan
penonton secara live. SMS
penonton akan menentukan peserta yang layak
untuk menang (pilih berdasarkan
taraf keinsafan mereka). Mereka menangis kerana
menginsafi dosa lalu mereka.Mereka akan 'dikurung' dan dipacakkan dengan 13
kamera CCTV.
3. Muslim Idol
Reality show untuk mencari penceramah Islam
terbaik di malaysia. Peserta
yang dapat memberi ceramah yang mengusik jiwa
penonton akan mara keperingkat
seterusnya hingga ke akhir. Peserta diadili oleh
penonton melalui sms. Pemenang akan mendapat peluang merakamkan lagu
nasyid dan juda CD
ceramahnya.
4. Bintang RTM (Remaja Tahu Mengaji)
Sebuah lagi program dari stesen kerajaan Islam
Hadhari kita iaitu
berbentuk program tahu mengaji. Peserta diajar
cara membaca secara
tartil,bertajwid dengan betul,menghafaz Quran
dan berlagu. Peserta yang
berjaya akan mendapat cahaya nur Quran.
5. Audition
Rancangan ini berbentuk audition untuk
meneruskan pengajian dalam bidang
agama samada IPT dalam negeri atau pun luar
negeri. Tajaan akan diberikan
kepada yang berjaya. Syarat layak masuk kepada
semua yang cintakan Islam
dan para pendokong Islam.
|
| Tatapan
penuh kasih sayang kepada...... |
|
Title:
Source: http://virtualfriends.net
Directory: Agama Corner
Description:
Tatapan Penuh Kasih
Pernahkah
anda menatap wajah orang-orang terdekat dengan anda ketika ia sedang
tidur? Kalau belum, cubalah sekali sahaja menatap wajah-wajah
ketenangan mereka ketika sedang tidur. Ketika itu yang kelihatan
adalah ekspresi paling wajar dan paling jujur dari seseorang.
Seorang
artis yang ketika di panggung, di layar perak, di kaca tv begitu
cantik dan gemerlapan pun boleh jadi akan kelihatan sederhana dan jauh
berbeza jika ia sedang tidur. Orang paling kejam di dunia pun jika ia
sudah tidur tidak akan kelihatan wajah bengisnya.
Perhatikanlah
ayah anda ketika beliau sedang tidur. Sedarilah, betapa badan yang
dulu sasa dan gagah itu kini semakin tua dan lemah, betapa
rambut-rambut putih mulai menghiasi kepalanya, betapa kerut merut
mulai terpahat di wajahnya. Orang inilah yang setiap hari bekerja
keras untuk kesejahteraan kita, anak-anaknya. Orang inilah rela
melakukan apa sahaja asal perut kita kenyang dan pendidikan kita
lancar.
Sekarang,
beralihlah. Lihatlah ibu anda. Hmm...kulitnya mulai keriput dan tangan
yang dulu halus membelai-belai tubuh bayi kita itu kini kasar kerana
tempaan hidup yang keras. Orang inilah yang tiap hari mengurus
keperluan kita. Orang inilah yang paling rajin mengingatkan dan
mengomeli kita semata-mata kerana rasa kasih dan sayang, dan
sayangnya, itu sering kita salah ertikan.
Cubalah
menatap wajah orang-orang tercinta itu : Ayah, Ibu, Suami, Isteri,
Kakak, Abang, Adik, Anak, Sahabat, Semuanya. Rasakanlah sensasi yang
timbul sesudahnya.
Rasakanlah
energi cinta yang mengalir perlahan-lahan ketika menatap wajah yang
terlelap itu. Rasakanlah getaran cinta yang mengalir deras ketika
mengingat betapa banyaknya pengorbanan yang telah dilakukan
orang-orang itu untuk kebahagiaan anda. Pengorbanan yang kadang
tertutup oleh kesalah-fahaman kecil yang entah kenapa selau sahaja
nampak besar. Secara ajaib Tuhan mengatur agar pengorbanan itu dapat
kelihatan lagi melalui wajah-wajah jujur mereka ketika sedang tidur.
Pengorbanan
yang kadang melelahkan namun enggan mereka ungkapkan. Dan ekspresi
wajah ketika tidur pun mengungkap segalanya. Tanpa kata, tanpa suara
dia berkata : "betapa lelahnya aku hari ini".
Dan penyebab
lelah itu? Untuk siapa dia berlelah-lelah? Tidak lain adalah kita.
Suami yang bekerja keras mencari nafkah, isteri yang bekerja keras
mengurus dan mendidik anak, juga rumah. Kakak, abang, adik, anak, dan
sahabat yang telah melalui hari-hari suka dan duka bersama kita.
Resapilah kenangan-kenangan manis dan pahit yang pernah terjadi dengan
menatap wajah-wajah mereka.
Rasakanlah
betapa kebahagiaan dan keharuan seketika terganggu jika mengingat itu
semua. Bayangkanlah apa yang akan terjadi jika keesokan hari mereka;
orang-orang yang dikasihi itu tidak lagi membuka matanya,
selama-lamanya.....Tatapan Penuh Kasih
Pernahkah
anda menatap wajah orang-orang terdekat dengan anda ketika ia sedang
tidur? Kalau belum, cubalah sekali sahaja menatap wajah-wajah
ketenangan mereka ketika sedang tidur. Ketika itu yang kelihatan
adalah ekspresi paling wajar dan paling jujur dari seseorang.
Seorang
artis yang ketika di panggung, di layar perak, di kaca tv begitu
cantik dan gemerlapan pun boleh jadi akan kelihatan sederhana dan jauh
berbeza jika ia sedang tidur. Orang paling kejam di dunia pun jika ia
sudah tidur tidak akan kelihatan wajah bengisnya.
Perhatikanlah
ayah anda ketika beliau sedang tidur. Sedarilah, betapa badan yang
dulu sasa dan gagah itu kini semakin tua dan lemah, betapa
rambut-rambut putih mulai menghiasi kepalanya, betapa kerut merut
mulai terpahat di wajahnya. Orang inilah yang setiap hari bekerja
keras untuk kesejahteraan kita, anak-anaknya. Orang inilah rela
melakukan apa sahaja asal perut kita kenyang dan pendidikan kita
lancar.
Sekarang,
beralihlah. Lihatlah ibu anda. Hmm...kulitnya mulai keriput dan tangan
yang dulu halus membelai-belai tubuh bayi kita itu kini kasar kerana
tempaan hidup yang keras. Orang inilah yang tiap hari mengurus
keperluan kita. Orang inilah yang paling rajin mengingatkan dan
mengomeli kita semata-mata kerana rasa kasih dan sayang, dan
sayangnya, itu sering kita salah ertikan.
Cubalah
menatap wajah orang-orang tercinta itu : Ayah, Ibu, Suami, Isteri,
Kakak, Abang, Adik, Anak, Sahabat, Semuanya. Rasakanlah sensasi yang
timbul sesudahnya.
Rasakanlah
energi cinta yang mengalir perlahan-lahan ketika menatap wajah yang
terlelap itu. Rasakanlah getaran cinta yang mengalir deras ketika
mengingat betapa banyaknya pengorbanan yang telah dilakukan
orang-orang itu untuk kebahagiaan anda. Pengorbanan yang kadang
tertutup oleh kesalah-fahaman kecil yang entah kenapa selau sahaja
nampak besar. Secara ajaib Tuhan mengatur agar pengorbanan itu dapat
kelihatan lagi melalui wajah-wajah jujur mereka ketika sedang tidur.
Pengorbanan
yang kadang melelahkan namun enggan mereka ungkapkan. Dan ekspresi
wajah ketika tidur pun mengungkap segalanya. Tanpa kata, tanpa suara
dia berkata : "betapa lelahnya aku hari ini".
Dan penyebab
lelah itu? Untuk siapa dia berlelah-lelah? Tidak lain adalah kita.
Suami yang bekerja keras mencari nafkah, isteri yang bekerja keras
mengurus dan mendidik anak, juga rumah. Kakak, abang, adik, anak, dan
sahabat yang telah melalui hari-hari suka dan duka bersama kita.
Resapilah kenangan-kenangan manis dan pahit yang pernah terjadi dengan
menatap wajah-wajah mereka.
Rasakanlah
betapa kebahagiaan dan keharuan seketika terganggu jika mengingat itu
semua. Bayangkanlah apa yang akan terjadi jika keesokan hari mereka;
orang-orang yang dikasihi itu tidak lagi membuka matanya,
selama-lamanya.....
[TOP]
|
| D
tRuTh aBouT iRaQis... |
These
pointers should restore the much needed credibility,
admiration and respect that the Iraqi people deserve, and we
hope they will perservere (again) through the coming storm.
Who Are the Iraqis?
By JOE BOB BRIGGS NEW YORK, Nov. 11 (UPI)
Every decade or so, we should remind ourselves of who the
Iraqis are
1. Twelve-thousand years ago, they invented irrigated farming.
They got to be so good at it that, today, they can still
produce all the food they need even when "sanctions"
are imposed.
2. They invented writing.
3. They figured out how to tell time.
4. They founded modern mathematics.
5. In the Code of Hammurabi, they invented the first legal
system that protects the weak, the widow and the orphan.
6. Five-thousand years ago, they had philosophers who
attempted to list every known thing in the world.
7. They were using Pythagoras' theorem 1,700 years before
Pythagoras.
8. They invented artificial building materials, some kind of
pre-fab-crete stuff used to construct high-rise towers.
9. Ur, in southeast Iraq, is assumed to be the place we're all
descended from.
[SNIP]
16. For the first 1,200 years of its existence, Baghdad was
regarded as one of the most refined, civilized and festive
cities in the world.
17. Abraham , the father of Israel, was from Iraq.
18. Abraham, the father of Islam, was from Iraq.
19. Abraham, the father and "model" of Christian
faith, was from Iraq.
[added on ...?]
20. Iraq , is the second largest reserve of oil.
21. Before 1980, Iraq has the largest number of date palm
trees in the world.
22. Iraqi wheat, rice, and meat are considered from the finest
types in the world.
23. Iraq, has the biggest softwater/population ratio in the
world , seven rivers.
24. Iraqis, once considered as the Germans of Arabs with
highest percent of highly educated people!
25. Iraq, is one of the world's richest territories in
historical sites and holy shrines.
Saddam Hussein doesn't regard himself as the heir of Abraham,
or even as the heir of Muhammad. He regards himself, first and
foremost, as the heir of Nebuchadnezzar. He identifies, in
other words, with the enslaver, not the enslaved.
Everything we know about the rest of Iraq tells us that Saddam
is the exception, not the Iraqis.
forward this to every Iraqi you know so he would know what
great people they are, what great history they had, and what
great things they founded and how great he is to tolerate and
stand in the face of sabotage.
[TOP]
|
| Kisah
Renungan Dari Saudara Baru... |
| [
Intro ] Err..letter nih aku dapat darik melayu.com
gak... pengakuan darik sedara baru se-Islam.
ASSALAMUALAIKUM...
SAYA CUKUP TERASA DENGAN MESSAGE NI..SANGAT MALU RASANYA
DENGAN PERBUATAN SETENGAH ORANG MELAYU...PATUTNYA KITA TUNJUK
CONTOH PADA MEREKA BUKAN BUAT MEREKA BEGITU....WAHAI ORANG
MELAYU SAMA2 LAH KITA UBAH DIRI KITA....WASSALAM
Sama² kita renungkan...................
Kepada Melayu yg beragama islam , berakhlak mulia bacalah buat
renungan, buat
Melayu yg beragama islam, berakhlak Kafir bacalah buat
tamparan bagi kamu.
Saya sudah memeluk agama islam selama setahun lebih, saya dari
agama hindu.Sebelum saya masuk islam, saya berada di kelantan
saya bertugas sebagai dispatch clerk, ke hulur dan ke hilir
dengan motorbike saya menghantar surat. Setiap hari saya
bangun awal, tak payah pakai jam loceng untuk kejutkan saya,
Azan subuh sudah mencukupi, saya banyak joint budak2 islam kat
sana , tak kira melayu, cina atau india. Dier orang ni memang
menghormati saya sebagai seorang sahabat , tak pernah saya
dipanggil "india","keling", atau
panggilan2 lain yg menyakiti hati saya. Bila saya pi sembayang
kat kuil pun deir orang tunggu saya kat luar kuil, tak pernah
pulak dier orang kutuk kuil ataudewa2. Dihati saya memang
terpikir nak tau sangat pasal islam, Saya pun tanya
kat member2, dier orang explain kat saya 1 hari suntuk, dengan
mendengar bukti yg kukuh, terasa di diri saya ini hindu adalah
agama yg banyak mempercayai cerita2 mitos dan banyak pula
dewa2 nya, then only saya memeluk agama islam yg suci ini,
memang , selepas saya memeluk islam jiwa saya terasa aman, I
have peace in my soul, sebelum itu pulak, terasa kesempitan
dalam diri saya. Dan saya semasa itu tercari2 benda yg saya
rasakan amat penting tapi saya pun tak tau apa
benda itu.Selepas saya memeluk islam member2 yg yg beragama
islam dari pelbagai bangsa, banyak mengajar saya , dari soal
sembayang hingga ke mengaji.
Sekarang saya berada di KL dah 4 bulan saya berkerja disini,
saya terrasa tidak senang lansung, saya dihina sebagai
"keling", " mamak". Ada yg tanya macam
mana rasanya khinzir, ade pula nya tanya boleh ker saya makan
lembu, ade pula tanya "u dah pergi sembayang kat kuil ker
belum", saya banyak bersabar, saya meminta pada Allah
supaya ampunkan dosa2 mereka dan membuka hati mereka untuk
memahami yg Islam itu adalah agama universal dan bukan melayu
punya sahaja.
Kutukankan dan kritikan yg saya dengar membuatkan di sudut
hati merasakan "kalau macam ni lah islam , terrasa
menyesal pulak masuk Islam",kenapa ,adakah disebabkan
saya ini berkulit hitam, negro yg kulit hitam legam yg
beragama islam pun tak macam ni, kenapa dihina macam ni, baru2
ni ahad lepas saya lalu ker Yaohan The Mall, kat area jambatan
yg bersama LRT,
banya budak melayu lepas kat sana, banyak melayu pakai seksi
sampai nampak bahagian atas-(paham2 jerlah), bila azan magrib
tak reti nak pi sembayang, budak2 pompuan melayu islam hisab
rokok, bergaul bebas tidak ditanya kenapa berbuat begini, saya
yg masuk islam dihina degan kata2 yg menguris hati saya, mana
saya pergi orang/bangsa lain homati saya sebagai kawan tapi
bangsa melayu - yg beragama islam kutuk saya , bangsa lain yg
beragama islam tak pulak, adakah ini ujian saya, ?, kenapa
mulut mereka cabul dan celupar sangat, kalau org tidak
dikenali panggil saya "mamak/keling" saya tak endah
sangat, tapi member ofis saya sendiri panggil saya
"mamak/keling", memang saya rasa terhina betul,
sebelum saya masuk islam, tak pernah pulak cina , india,
melayu panggil saya india /keling/ mamak, bila masuk islam kat
kelantan saya dianggap sebagai saudara sendiri, tapi di KL
terlalu fenatik betullah, Bagi saya orang yg
menghina islam adalah orang2 kafir.... Kafirkah mereka yg
panggil saya 'keling',?, dan masa saya memeluk agama islam yg
suci ini, masa isi borang dier tulis memeluk islam bukannya
memeluk melayu. Saya ade membaca artikel yg u hantar sebelum
ini, saya sekarang bangga, saya bukan Melayu Islam tapi saya
adalah India Islam, Kepada
Melayu semua betulkanllah bangsa sendiri sebelum betulkan
bangsa lain yg beragama islam,Alhamdullillah saya bukan
Melayu, perangai yg
teruk.
Maafkan saya bukan semua melayu tapi boleh katakan 90% yg saya
jumpa perangai macam setan.Ini bagaikan bak kata pepatah -
kerana nila setitik rosak susu sebelangga.
Wasalam
Hamba Allah.
[TOP]
|
| Kecantikan
ahli syurga bertambah setiap saat |
|
ALLAH
menjanjikan balasan syurga kepada mereka yang mematuhi
perintah-Nya dan meninggalkan larangan-Nya. Kenikmatan di
syurga tidak sama seperti keseronokan dunia yang hanya
sementara. Balasan syurga Allah adalah kekal buat
selama-lamanya.
Abu Hurairah pernah berkata: “Ya Rasulullah dari apakah
dibuat syurga itu? Jawab Baginda : “Daripada air.” Kami
bertanya: “Beritakan bagaimana bangunan syurga!” Jawab
Baginda lagi yang bermaksud: “Satu bata dari emas dan satu
bata dari perak dan lantainya kasturi yang semerbak harum,
tanahnya dari za'faran, kerikilnya mutiara. Siapa yang masuk
dalamnya senang, tidak susah; kekal tidak, mati; tidak lapuk
pakaiannya dan tidak berubah mukanya.”
Abu Hurairah berkata lagi: Nabi bersabda yang bermaksud:
“Sesungguhnya dalam syurga ada pohon besar hingga seorang
yang berkenderaan dapat berjalan di bawah naungannya selama
seratus tahun tidak putus naungannya. Bacalah Wa dhilin
mamdud (dan naungan yang memanjang terus).
“Dan dalam syurga kesenangannya yang tidak pernah dilihat
mata atau didengar oleh telinga, bahkan tidak pernah
terlintas dalam hati (perasaan) manusia. Bacalah kamu: Maka
tidak seorang pun yang mengetahui apa yang tersembunyi bagi
mereka daripada kesenangan yang memuaskan hari sebagai
pembalasan apa yang telah mereka lakukan.
“Tempat pecut dalam syurga lebih baik dari dunia seisinya.
Bacalah ayat yang bermaksud: Maka siapa dijauhkan dari api
dan dimasukkan dalam syurga bererti telah untung.”
Ibn Abbas pula berkata: “Sesungguhnya dalam syurga ada
bidadari yang dijadikan daripada empat macam: misik, anbar,
kafur dan za'faran, sedang tanahnya dicampur dengan air
hidup (hayawan) dan setelah dijadikan, maka semua bidadari
asyik kepadanya, andaikan ia berludah dalam laut tentu
menjadi tawar airnya, tercantum pada lehernya: Siapa yang
ingin mendapat isteri seperti aku, maka hendaklah taat
kepada Tuhanku.”
Mujahid berkata: “Bumi syurga dari perak dan tanahnya dari
misik dan urat-urat pohonnya dari perak. Dahannya dari
mutiara dan zabarjad, sedangkan daun dan buahnya di bawah
itu.
“Maka siapa yang makan sambil berdiri tidak sukar, dengan
duduk pun juga tidak sukar dan sambil berbaring juga tidak
sukar. Kemudian membaca ayat: Dan dimudahkan buah-buahnya
sehingga semudah-mudahnya. Sehingga dapat dicapai oleh orang
yang berdiri mahupun yang duduk dan berbaring.”
Abu Hurairah berkata: “Demi Allah yang menurunkan kitab
pada Nabi Muhammad. Sesungguhnya ahli syurga setiap saat
bertambah elok cantiknya, sebagaimana dulu di dunia
bertambah tua.”
Abul-Laits meriwayatkan dengan sanadnya daripada Shuhaib
berkata bahawa Rasulullah bersabda yang bermaksud:
“Apabila ahli syurga masuk ke syurga dan ahli neraka telah
masuk ke neraka, maka ada seruan. Hai ahli syurga, Allah
akan menepati janji-Nya kepada kamu.
“Mereka berkata: Apakah itu, tidakkah telah memberatkan
timbangan amal kami dan memutihkan wajah kami dan memasukkan
kami ke dalam syurga dan menghindarkan kami dari neraka.
Maka, Allah membukakan bagi mereka hijab sehingga mereka
dapat melihat-Nya, demi Allah yang jiwaku ada di tangan-Nya
belum pernah mereka diberi sesuatu yang lebih senang
daripada melihat kepada zat Allah.”
[TOP]
|
|
Tanda-tanda
Kematian |
Adapun tanda-tanda
kematian mengikut ulamak adalah benar dan ujud cuma amalan dan ketakwaan
kita sahaja yang akan dapat membezakan kepekaan kita kepada tanda-tanda ini. Rasulallah SAW
diriwayatkan masih mampu memperlihat dan menceritakan kepada keluarga dan sahabat secara
lansung akan kesukaran menghadapi sakaratulmaut dari awal hinggalah akhirnya hayat Baginda. Imam
Ghazali rahimahullah diriwayatkan memperolehi tanda-tanda ini sehinggakan beliau mampu
menyediakan dirinya untuk menghadapi sakaratulmaut secara sendirian. Beliau
menyediakan dirinya dengan segala persiapan termasuk mandinya, wuduknya serta kafannya
sekali cuma ketika sampai bahagian tubuh dan kepala sahaja beliau telah memanggil abangnya iaitu
Imam Ahmad Ibnu Hambal untuk menyambung tugas tersebut. Beliau wafat ketika Imam Ahmad
bersedia untuk engkafankan bahagian mukanya.
Adapun riwayat -riwayat ini memperlihatkan kepada kita sesungguhnya Allah Subhanahu wa ta'ala
tidak pernah berlaku zalim kepada hambanya. Tanda-tanda yang diberikan
adalah untuk menjadikan kita umat Islam supaya dapat bertaubat dan bersedia dalam perjalanan
menghadap Allah Subhanahu wa ta'ala.Walaubagaimanapun semua tanda-tanda ini akan berlaku kepada orang-orang
Islam sahaja manakala orang-orang kafir iaitu orang yang menyekutukan Allah nyawa mereka ini
akan terus di rentap tanpa sebarang peringatan sesuai dengan kekufuran mereka kepada Allah
Subhanahu wa ta'ala.
Adapun tanda-tanda ini terbahagi kepada beberapa keadaan :
Tanda 100 hari sebelum hari mati.
Ini adalah tanda pertama dari Allah Subhanahu wa ta'ala kepada
hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka-mereka yang dikehendakinya. Walaubagaimanapun
semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma samada mereka sedar atau tidak sahaja. Tanda ini
akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke
hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil. Contohnya seperti daging lembu yang
baru disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut
seakan-akan bergetar. Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin
ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan
kehadiran tanda ini. Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan
kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian , tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang
munafaat. Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk
memunafaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa
atau ditinggalkan sesudah mati.
Tanda 40 hari sebelum hari mati
Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada
ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash
Allah Subhanahu wa ta'ala. Maka malaikatmaut akan mengambil daun
tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita
sepanjang masa. Akan terjadi malaikatmaut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan
jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika. Adapun
malaikatmaut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan
dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.
Tanda 7 hari
Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di
mana orang sakit yang tidak makan secara tiba- tiba ianya berselera untuk makan.
Tanda 3 hari
Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan
kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita
tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan
kita nanti. Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit
hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi.
Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak
kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.
Tanda 1 hari
Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang
iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar
keesokan harinya.
Tanda akhir
Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya,
akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita
terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikatmaut untuk
menjemput kita kembali kepada Allah Subhanahu wa ta'ala yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan
mematikan pula.
PENUTUP
Sesungguhnya marilah kita bertaqwa dan berdoa kepada Allah Subhanahu wa ta'ala semuga kita
adalah di antara orang-orang yang yang dipilih oleh Allah yang
akan diberi kesedaran untuk peka terhadap tanda- tanda mati ini semoga kita dapat membuat
persiapan terakhir dalam usaha memohon keampunan samada dari Allah Subhanahu wa ta'ala mahupun
dari manusia
sendiri dari segala dosa dan urusan hutang piutang kita. Walaubagaimanapun sesuai dengan
sifat Allah Subhanahu wa ta'ala yang maha berkuasa lagi pemurah
lagi maha mengasihani maka diriwatkan bahawa tarikh mati seseorang manusia itu masih boleh
diubah dengan amalan doa iaitu samada doa dari kita sendiri ataupun doa dari orang lain. Namun
ianya adalah ketentuan Allah Subhanahu wa ta'ala semata-mata.
Oleh itu marilah kita bersama-sama berusaha dan berdoa semuga kita diberi hidayah dan petunjuk
oleh Allah Subhanahu wa ta'ala serta kelapangan masa dan kesihatan tubuh badan dan juga fikiran dalam
usaha kita untuk mencari keredhaan Allah Subhanahu wa ta'ala samada di dunia mahupun akhirat.
Apa yang baik dan benar itu datangnya dari Allah Subhanahu wa ta'ala dan apa yang salah dan silap
itu adalah dari kelemahan manusia itu sendiri.
WALLAHUA`LAM
[TOP]
|
|